21 Ogos 2008

Surah An-Nurr ayat 11 hingga 13...

Allah berfirman dalam Surah An-Nurr dari ayat 11 hingga 13, maksudnya;


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar."

"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

"Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang yang dusta"

Dalam perkembangan semasa, kita telah melihat pelbagai peristiwa telah berlaku lebih-lebih lagi perkembangan politik Malaysia kini. Salah satunya yang terbaru ialah sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari.. tidak pastilah sumpah tersebut dilakukan dengan ikhlas kerana Allah, atau niat-niat tertentu, atau kepentingan-kepentingan tertentu namun ia boleh mendatangkan satu petaka yang amat besar kepada diri terutamanya jika sumpah tersebut adalah satu sumpah yang palsu atau diada-adakan sahaja untuk mencapai satu maksud tertentu bagi kepentingan pihak yang tertentu.

mudah-mudahan kita dijauhkan dari satu bala yang boleh menimpa negara kita. moga-moga Allh S.W.T menunjukkan jalan yang benar kepada kita, dijauhkan dari segala kejahatan manusia kepada mereka yang berjuang menegakkan kebenaran..

14 Ogos 2008

Kajian Sejarah Keluarga

Kajian sejarah keluarga merupakan satu kajian sejarah sosial masyarakat tempatan. kajian sejarah sosial masyarakat tempatan mungkin masih belum meluas kajian yang dijalankan. ini merupakan atu cabang kajian yang dinggap penting yang perlu diberi perhatian. Bukan sahaja dikalangan ahli sejarawan boleh mengkajianya tetapi dikalangan orang biasa juga boleh mengkajinya.

Kajian sejarah keluarga mungkin masih belum meluas dilakukan dikalangan kita. Mungkin mudah kita katakan bahawa ia tidaklah sukar untuk mengkajinya. dikalangan pengkaji sejarah ia merupakan satu kajian yang amat sukar. Kajian ini bukanlah melihat secara diskriptif, ia juga hendaklah secara analisis yang mampu menggungkap sesuatu kajian dengan terperinci.

Kajian sejarah keluarga akan melihat susur galur keturunan atau salasilah keluarga. Kita seharusnya berasa bangga dengan keluarga kita dan kajian mengenainya harus ditulis agar mampu menjadi petunjuk dan tatapan begi generasinya akan datang. Dengan ini, maka beroleh faedahlah generasi akan datang melalui kajian yang dilakukan oleh generasi terawalnya.


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck...

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck... merupakan sebuah novel karya Hamka. Membacanya merupakan satu kenikmatan fikiran yang mengajar kita berfikir bagaimana sebuah karya ini mampu menggungkap kehidupan manusia yang ingin mencintai di antara dua insan bergelar lelaki dan wanita. Percintaan suci mereka yang tidak mengenal adat yang dilihat mengongkong dan memberi bermacam-macam halangan. Namum akibat pegangan keluarga sebelah pihak iaitu sebelah wanita cuba menggugat hubungan mereka. pertentangan keras berlaku.

Apakah cinta suci ini patut dipisah akibat pegangan yang telah menjadi adat turun temurun. sesungguhnya karya ini penuh dengan kesedihan dan sadis. ia merupakan satu kisah cinta yang agung yang menggungkap nilai manusia. Karya Hamka ini telah mengajarku satu perkara. satu perkara yang tak mungkin ku perlihat sebelum ini. Walaupun ini merupakan satu karya yang telah lama ditulis namum ia merupakan satu penulisan yang mampu memberi kesedaran...

09 Ogos 2008

Forum memeluk Islam

Wacana awam berkaitan Islam yang diadakan oleh Majlis Peguam Malaysia hari telah berlangsung. namun apa yang pasti ia hanya berlangsung selama satu jam sajaha akibat tekanan yang diterima dan memdapat bantahan dari pelbagai pihak termasuk badan-badan NGO. Forum Mari Memeluk islam ini dilihat merupakan satu ancaman yang boleh mendatangkan ketegangan pelbagai kaum.
Ia adalah tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi diadakan secara terbuka yang boleh mendatangkan pelbgai reaksi dari pelbagai pihak. maka adalah wajar pihak yang terbabit menilai keburukan yang mungkin boleh diterima akibat tindakan ini. kita sebagai umat Islam haruslah peka terhadap perkara ini dan janganlah melihat ia sebagi perkara yang remeh. Jihad menegakkan agama Islam dari terus di perlemahkan ini harus ditentang dan kita harus bangkit sesuai dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Ingatlah bahawa Allah sentiasa melindungi Islam.

08 Ogos 2008

Perhatian!!!!!

salam sahabat semua... setelah sekian lama blogku menyepi, mungkin anda sekian merasakan bahawa aku tidak akan mengaktifkannya lagi... mungkin atas kesibukan buat masa ini menyebabkan diriku tidak berpeluang
meluangkan masa... nantikanlah dalam masa yang terdekat ini akan ku menghidupkan semula seri di blogku ini....

07 Julai 2008

Undi Tidak Percaya

Bila kita melihat situasi politik sekarang, ada ura-ura mengatakan bahawa akan ada pihak dari BN melompat parti. maka dalam konteks ini saya ingin berbicara serba sedikit mengenai perkara tersebut. perlu kita ketahui melompat parti boleh berlaku apabila wujudnya satu keadaan undi tidak percaya berlaku. bila keadaan ini berlaku, ini menandakan pihak yang membuat undi tidak percaya tersebut akan beralih atau berpihak kepada pihk pembangkang atau sebaliknya. bila keadaan ini berlaku pihak yang menang majoriti atau majoriti mudah boleh hilang kuasa pemerintahan akibat usul undi tidak percaya ini. oleh itu dalam konteks kini, undi tidak percaya adalah satu cara untuk menjatuhkan, kerajaan yang memerintah. dalam perkataan mudah ia adalah satu cara dimana ahli parlimen melompat parti yang menjadikan pihak yang sau lagi mempunyai majoriti mudah atau mutlak di parlimen.

Dalam perkembangan arus politik sekarang ini, ia telah menunjukkan telah berlaku kegoyahan terutama PRU12 yang lalu apabila 5 buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang.


satu persatu telah timbul pelbagi isu besar seperti isu kedudukan DEB, kenaikan harga petroleum dan yang terbaru pula adalah konspirasi liwat yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dengan Saiful bukhari yang merupakan satu mainan politik yang mempunyai agenda tersendiri. Dan apa yang penting adakah ini akan menyebabkan akan berlaku satu lagi senario perubahan yang penting kepada kedua-dua pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang yang memungkinkan kepada isu "undi tidak percaya" ini. Dan apa yang jelas "yang tidak benarpun akan menjadi benar" dan sebaliknya akibat konspirasi yang berlaku ini...

30 Jun 2008

Jejak-Jejak Di Pantai Zaman

Semasa mengharungi cuti semester ini, entah beberapa kali telah aku membelek-belek buku ‘Jejak-Jejak di Pantai Zaman’ tulisan Ungku A. Aziz walaupun telah habis kandungan isinya ku baca. Mungkin kerana isinya itu tidak jemu aku membelek dan membacanya. Engku A. Aziz seorang tokoh ekonomi yang telah menumpukan perhatiannya kepada masalah kemiskinan desa selama lebih 20 tahun telah menghuraikan pendapat pendeta Za ‘ba tentang kemiskinan orang Melayu yang ditulis lebih 50 tahun lalu.

Jika kita memperkatakan tentang kemiskinan orang Melayu, tidak terlepas bahawa ia menjadi satu perhatian yang penting. Bermula dari penulisan Za ‘ba lagi, beliau telah memperkatakan tentang kemiskinan khususnya orang Melayu. Sehinggalah ke hari ini kemiskinan ‘Melayu’ masih berlaku.

Mungkin kerana buku Jejak-jejak di Pantai Zaman ini yang membicarakan tentang ekonomi Melayu dan kemiskinan, membuatkan diri ini tidak jemu menatap dan membaca kandungannya apatah lagi pendapat yang diutarakan oleh Ungku A. Aziz itu masih relevan walaupun edisi pertama telah terbit 20 tahun yang lalu.

Hasil penulisan buku ini, saya tertarik kepada konsep kemiskinan yang diutarakan oleh Za ’ba dimana beliau melihat bahawa orang Melayu itu adalah miskin, bukan pada harta bahkan miskin dari serba-serbi sepertimana petikan berikut:

"orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah satu kaum

yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat

lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga

sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan

dibelakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan

harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan

latihan pengetahuan, miskin pada alat kelengkapan otak dan pada

beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan muli­­a--jadilah mereka

tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam

perjalanan bangsa-bangsa."


Nah, inilah dia antara petikan rencana yang ditulis oleh Za’ba mengenai kemiskinan Melayu pada 1923. Bagi anda, adakah ia masih relevan jika dikaitkan dengan masa kini yang kita katakan sebagai zaman atau era globalisasi? Bagi saya ia sudah tentu lagi relevan walaupun kini bukan lagi zaman penjajahan Britisah. Orang Melayu tetap masih ketinggalan dalan perjalanan bangsa-bangsa dan ini dapat dibandingkan dengan penguasaan kaum Cina dalam aspek ekonomi walaupun kaum cina itu kecil bilangannya dibandingkan dengan kaum Melayu. Nah,dalam perjalanan bangsa-bangsa, orang Melayu masih lagi miskin. Nah, dalam perjalanan bangsa-bangsa, orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam lapangan ekonomi walaupun ada sedikit kemajuan.

Oleh yang demikian itulah Ungku A. Aziz memberikan judul buku ini ‘Jejak-jejak di Pantai Zaman’ kerana yang beliau maksudkan itu adalah Za ‘ba yang sudah pasti meninggalkan Jejak-jejak di Pantai Zaman…


Saya tidak mengatakan dengan lagu pilu,
Bahawa bangsa Melayu itu sedang mati,
Saya hanya berazam supaya semangat yang tidur itu,
Bangun dan bergiat di zaman yang cemerlang ini.

Saya tidak mengatakan dengan pilu,
Cara memperbaiki orang Melayu,
Saya mahu supaya tiap-tiap orang Melayu insaf,
Supaya tidak sentiasa berpuas hati dengan bersederhana.

Za ’ba
6 Disember 1923
(terjemahan Ungku A. Aziz, 1974)

NEGARA BANGSA

Kamus Dewan mendefinisikan negara adalah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan manakala bangsa adalah jenis manusia daripada satu asal keturunan; juga kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Negara adalah organisasi yang paling tinggi dan mencakupi pengertian yang paling luas. Pemikiran politik Islam melihat negara sebagai ”daulah”, yang wilayahnya meliputi peta dunia, tidak dibatasi oleh batas-batas geografi. Manakala para pemikir klasik melihat negara sebagai entiti politik yang mensyaratkan adanya wilayah, jumlah penduduk, pemerintah dan adanya kedaulatan. Dalam aspek politik, negara adalah satu istilah politik antarabangsa serta geografi politik yang merujuk kepada satu wilayah geografi. Ia boleh menjadi satu wilayah yang diperintah oleh satu kerajaan negara politik. Negara pada lazimnya mempunyai satu kerajaan, pentadbiran dan undang-undang, mempunyai perlembangaan, polis, tentera, peraturan cukai dan penduduk yang dirujuk sebagai rakyat. Keadaan ini membentuk apa yang dikatakan oleh Benedict Anderson sebagai ”imagined communities” (Anderson, B., 2001).

Negara bangsa adalah satu kumpulan manusia dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri. Dalam maksud negara geografi ini, rujukan adalah lebih bercirikan satu kumpulan yang mempunyai asal yang sama dari segi etnik, bahasa, agama, atau sejarah. Sebuah bangsa di dalamnya terdiri dari berbagai macam kelompok masyarakat atau pribumi (etnik, ras, agama) dengan budayanya masing-masing. Anderson telah meneliti dan mengkaji latar belakang sejarah bangkitnya kesadaran nasionalisme, perkembangannya, sehingga bagaimana nasionalisme itu boleh terjadi. Dalam aspek ini Anderson menggunakan pendekatan antropologi cultural. Beliau mendefinisikan bangsa atau nasionalisme ialah kumpulan politik dan berkedaulatan (Anderson, B., 2001).

Menurut Anderson bahawa apa yang dinamakan bangsa (nation) adalah tidak sama dengan negara (state). Sebagai contoh, Indonesia sebagai negara adalah warisan kolonial ”product of colonial legacy”; pemerintahan, sistem pentadbiran, sistem perundangan (walaupun sekarang banyak diubah), Indonesia adalah produk dan lanjutan dari pemerintahan kolonial Belanda. Manakala bangsa sangat berbeza dari negara. Bangsa Indonesia adalah baru, bukan hasil bentukan Belanda, sekalipun kelahirannya dipengaruhi oleh kolonialisme Belanda.

Benedict Anderson menjelaskan lagi pengertian bangsa. Pertama, adalah sebuah kumpulan yang semua anggotanya pernah (akan) saling mengenal, bertemu atau mendengar meskipun dalam fikiran mereka belum tumbuh kesedaran tentang perpaduan antara mereka. Kedua, betapapun besar kumpulan itu, ia mempunyai batas wilayah, yang memisahkan nation yang satu dengan nation yang lain. Ketiga, adanya kerelaan berkorban untuk mati dan berjuang demi kepentingan kumpulan atau bangsanya dalam sesebuah negara atau wilayah. Konsep bangsa inilah yang telah meruntuhkan negara kolonial Hindia Belanda di Indonesia.

Pemahaman terhadap konsep negara bangsa ini perlu difahami. Menurut Hassan Ahmad (2007), Bangsa dan negara adalah dua entiti atau konsep yang berlainan. Bangsa ialah entiti atau kesatuan sosiobudaya manakala negara, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut state, adalah kesatuan geografi-politik. Menurut Hassan Ahmad lagi, identiti sesuatu bangsa itu dibentuk atau dikenali berdasarkan persamaan budaya, bahasa, asal usul sejarah dan mungkin juga agama yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh anggota kumpulan bangsa itu sejak turun-temurun, sejak zaman nenek moyang yang asal, tidak kira sama ada `nenek moyang yang asal' itu wujud dalam sejarah atau hanya diciptakan melalui mitos dan imaginasi bersama.

Konsep atau kesatuan geografi-politik yang disebut negara itu terbentuk melalui peraturan, institusi dan sistem tertentu yang merentas ciri-ciri atau identiti bangsa, misalnya, ada kawasan geografi tertentu yang dapat diiktiraf oleh negara atau bangsa-bangsa lain sebagai kawasan politik negara atau kawasan pemerintahannya, ada sistem undang-undangnya sendiri, ada kerajaannya sendiri, ada bendera sendiri, ada lagu kebangsaan sendiri, ada raja atau presiden atau perdana menterinya sendiri, dan ada perlembagaannya sendiri (sama ada yang bertulis atau yang tidak bertulis). Walaupun konsep negara dan bangsa itu mempunyai entiti yang berlainan tetapi ia adalah saling berkait kerana bangsa yang wujud itu adalah dalam sesebuah negara dan tidak dapat lari daripadanya.

Ada bangsa di dunia ini yang tidak mempunyai negara. Misalnya, bangsa Scots atau Welsh, atau bangsa Catalan dan Alsace di Eropah, tidak mempunyai negara sendiri. Jadi dari segi taraf undang-undang dan politiknya bangsa Scots atau Welsh disebut warganegara British atau `Britisher', tetapi bangsanya ialah Scots atau Welsh. Bangsa Tamil di kawasan Jafna di Sri Lanka berjuang mati-matian untuk menubuhkan negaranya sendiri yang terpisah daripada Sri Lanka. Begitu juga bangsa Chechen, atau bangsa Melayu-Islam di selatan Filipina, mereka juga berjuang untuk mewujudkan negara sendiri, terpisah daripada Rusia atau Filipina.

Jadi, daripada contoh-contoh ini, dapat difahami bagaimana kesedaran kesatuan bangsa menjadi dorongan yang cukup kuat untuk mendesak bangsa itu membentuk negara sendiri, agar terlepas daripada kuasa atau pemerintahan bangsa lain yang lebih dominan. Inilah yang disebut kesedaran kebangsaan atau nasionalisme, satu fenomena politik atau sosiopolitik yang sebenarnya bermula dalam sejarah bangsa-bangsa Eropah sejak pertengahan kedua abad ke-18 dan kemudiannya telah dapat berkembang dengan pesat di rantau Asia Tenggara. Istilah atau konsep negara bangsa ini juga ciptaan sejarah politik kebangsaan Eropah. Ia bererti negara yang terdiri daripada satu bangsa sahaja, atau setidak-tidaknya, yang terdiri daripada satu bangsa yang dominan.

Hitler cuba melaksanakan konsep ini sepenuhnya apabila beliau melancarkan proses `pembersihan etnik' untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah negara kebangsaan yang hanya akan terdiri daripada bangsa Jerman yang tulen sahaja, bangsa super race, yang harus dibersihkan daripada kehadiran semua bangsa lain, terutama bangsa Yahudi, dan juga kaum-kaum gipsi (Qasim Ahmad, 2000 a). Bangsa Serb (atau Serbia) cuba melakukan proses yang sama apabila mereka melancarkan perang pembersihan etnik yang dahsyat terhadap bangsa Bosnia-Islam di bekas negara Kesatuan Yugoslavia. Namum sepertimana yang diketahui “negara bangsa sempurna” Hitler yang dibentuknya melalui realisme yang lebih nekad daripada Bismarck tidak menjamin keselamatan malah menjemput kehancuran (Qasim Ahmad, 2000 b).

Konsep negara-bangsa menurut gagasan bangsa Eropah itu tidak mungkin dapat dipertahankan lagi pada hari ini memandangkan bahawa kebanyakan negara di dunia hari ini adalah negara pelbagai bangsa atau pelbagai etnik. Maka konsep `negara-bangsa' terpaksa diberikan takrif baru, iaitu sebagai negara yang penduduknya, tidak kira bangsa, dapat menggantikan semangat cinta terhadap bangsa atau kumpulan etnik masing-masing dengan semangat atau kesedaran cinta terhadap negara. Konsep negara bangsa sudah pasti mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang perlu dipertahankan dan diperkukuh oleh sesebuah negara agar di pandang oleh bangsa atau negara lain sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.


Sumber:

Anderson, B. (2001). Imagined Communities. Yogyakarta: Insis.

Hans Khon (1984). Nasionalisme dan Sejarahnya, Jakarta: Erlangga.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Qasim Ahmad (2000a). Eropah Moden: Arus Politik Dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Qasim Ahmad (2000b). Karya Sejarah: Pendekatan Dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://www.hasannudin.gq.nu/ppb.htm.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara %28geografi%29.

http://www.prihatin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1%20-%2023k.

27 Jun 2008

Hari Terakhir ROS 2 di SMKJ...

Hari ini merupakan hari terakhir aku menjalani ROS 2 di SMKJ. Tidak di sangka masa berlalu begitu pantas dalam tempoh dua minggu menjalani ROS 2 ini. Begitu juga beberapa sahabatku yang juga menjalani ROS 2 di SMKJ ini, Ku ucapkan tahniah kepada ARE-TEQ, NAZMI, CHAN, FATIMAH, NADZIRAH dan LYE…

Selama dua minggu menjalani ROS 2, tidak dinafikan bahawa ia merupakan satu pengalaman yang hebat dan tidk dapat dilupakan. Ada pelajar yang nakal, ada yang baik, dan ini tidak dinafikan disekolah mana jua pun. Dari segi masa tidaklah terbuang begitu sahaja, haha ada kelas ganti, ada WIFI (tiap-tiap hari aku masuk friendster, hehe). Beberapa kali dapat makan free, yela mana taknye cikgu belanja la katakan...

Haha, satu perkara yang penting adalah dapat memberikan motivasi kepada pelajar tingkatan 6 atas. Dalam saat-saat menjelang peperiksaan ini sudah tentu mereka dapat memanfaatkan tip-tip dan pengalaman kami sebagai bekas pelajar tingkatan 6 dalam menguruskan masa untuk belajar.


Di bawah ini disertakan beberapa gambar ketika kami menjalani ROS 2 di SMKJ

Pelajar yang menjalani ROS 2 bersama pengetua SMKJ


Bersama Are-Teq di kantin sekolah




Di hadapan pintu pejabat








26 Jun 2008

ROS 2

minggu ini adalah minggu akhir diriku menjalani rancangan orentasi sekolah 2. satu pengalaman yang amat berharga telah ku perolehi sebagai bakal guru. ini sudah tentu pengalaman yang amat besar dan sukar untuk dilupakan bahkan merupakan satu bekal untuk dijadikan panduan dan tatacara bagaimana ingin menjadi guru yang sebenar. pengalaman memasuki kelas dan mengajar, suasana dan pengurusan sekolah yang amat berguna kepada diri ini. kepada guru yang telah memberi tunjuk ajar dan kepada guru pembimbing ku mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa yang diberikan dan tidak aku lupakan...

selamat datang wahai kawan-kawan....

ku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi untuk pertama kali memasuki blog ini. sebagai permulaan kepada blog ini, ku memohon sokongan anda semua...